Sambutan Hari Pengasas 22 Februari 2013

     

Pada 22 Februari 2013 yang lalu, Pengakap SK Likas telah membuat upacara ringkas sempena memperingati hari kelahiran pengasas Pengakap Dunia, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Upacara dimulakan dengan Laung Agung, mengebarkan bendera serta memperbaharui Persetiaan Pengakap disamping sedikit ceramah berkaitan Hari Pengasas. Sambutan dibuat secara ringkas namun ia memberikan pengalaman dan pengetahuan yang menarik kepada semua warga SK Likas khusunya ahli pengakap sekolah ini sendiri. Majlis ini telah dijayakan oleh Akela Huzaimi, Akela Norsi, Akela Kartini dan akela-akela lain yang turut terlibat pada hari tersebut.

Posted in Berita | Tinggalkan komen

Pengakap SK Likas di Pra-Jambori Antarabangsa Peringkat Pantai Barat Selatan Sabah

  

Pada 9 hingga 13 November yang lalu, ketika murid sekolah lain sudah mula bercuti, seramai 10 orang ahli Pengakap SK Likas telah mewakili Daerah Kota Kinabalu khususnya sekolah ini sendiri ke Pra-Jambori Antarabangsa Peringkat Pantai Barat Selatan Sabah, bersempena sambutan 100 Tahun Berpengakap di Sabah yang akan dilancarkan pada tahun hadapan (2013) di Jambori Kedua Negeri Sabah, Sandakan. Seramai 2,500 ahli pengakap seluruh Negeri Sabah dan beberapa buah Negeri di Semenanjung Malaysia turut serta menyertai pra-jambori ini. Tidak ketinggalan juga kehadiran Pengakap daripada Negara Brunei Darussalam dan Indonesia turut memeriahkan lagi perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang 5 hari ini dan ia memberikan pengalaman baru kepada ahli Pengakap SK Likas yang meyertainya.  Lapan orang ahli Pengakap sekolah ini juga diberi kepercayaan untuk mempersembahkan paluan kompang menyambut kehadiran tetamu kehormat Datuk Seri Yahaya Hussien, Menteri Industri dan Makanan, di majlis perasmian pembukaan Pra-jambori ini. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Rashid Hamid kerana mengiringi pasukan kompang sekolah, dan En. Huzaimi Mohd Ghazali kerana bersama-sama ahli pengakap dan ahli Jurnalis Muda mewakili sekolah selama lima hari empat malam di perkhemahan ini.

Posted in Berita | Tinggalkan komen

Perjumpaan Kedua Bulan Julai

18 Julai 2012, Rabu – Seperti biasa, hari ini merupakan perjumpaan rasmi kumpulan yang diadakan di sekolah. Aktiviti di perjumpaan hari ini ialah latihan Kawad Kaki bersepadu, dan juga simpulan asas pengakap untuk ahli pengakap Tahun 4. Pemimpin yang turut hadir diperjumpaan kali ini ialah Akela Norsi, Shafini, Disa, Harjit dan Huzaimi.

Aside | Posted on by | Tinggalkan komen

Perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT 2011

      

1 Oktober 2011, Sabtu – Sekali lagi pasukan perbarisan Persatuan Pengakap SK Likas mewakili sekolah ini ke Perbarisan sempena Hari Jadi Rasmi TYT Negeri Sabah yang ke-58. Kontinjen kali ini diwakili oleh 32 orang murid dan diketuai oleh adik Abdul Aziz serta diiringi 3 orang pemimpin iaitu En. Alias, En. Norsi dan En. Huzaimi. Wawasan kumpulan ini ‘Buat Sehabis Baik dan Rajin Berusaha’ diterjemahkan dalam persembahan lintas hormat yang cemerlang dan penuh disiplin.

Posted in Berita | Tinggalkan komen

Pertandingan Perbarisan Hari Malaysia 2011

 

      

16 September, Jumaat – Persatuan Pengakap SK Likas telah mewakili sekolah ini ke Perbarisan Hari Malaysia 2011 yang diadakan di Kota Kinabalu. Seramai 37 orang murid beserta 3 orang pemimpin iaitu En. Alias, En. Norsi dan En. Huzaimi menjayakan perbarisan ini yang telah dilatih lebih dari sebulan. Kontinjen perbarisan ini diketuai oleh adik Abdul Aziz dengan mottonya ‘Buat Sehabis Baik dan Rajin Berusaha”. Pasukan ini telah berjaya memenangi tempat ke-3 kategori sekolah rendah.

Posted in Berita

Perjumpaan Rasmi Kumpulan Kali ke-8, 2011

     

27 Julai 2011, Rabu – Perjumpaan hari ini dihadiri oleh seramai 60 orang ahli Pengakap dan dipimpin oleh 3 orang Akela iaitu En. Huzaimi, En. Norsi dan En. Ardy. Perjumpaan dimulakan dengan Istiadat Laung Agung dan menaikan bendera. Kemudian diambil alih oleh Ketua Pek iaitu adik Abd. Aziz untuk membuat pemeriksaan kehadiran dan penyelarasan Kumpulan 6 Sekawan. Teruskan membaca

Posted in Laporan | Tinggalkan komen

Tahniah! Kursus Ketua Enam Sekawan 2011

     

22 – 24 Julai 2011 – Kursus Ketua-ketua Patrol dan Ketua Enam Sekawan Peringkat Zon 1 Pantai Barat Selatan Sabah telah diadakan di SMK Tebobon. Persatuan Pengakap SK Likas telah menghantar 7 orang wakil ke kursus tersebut dan diiringi oleh Akela Norsi serta Akela Huzaimi selaku salah seorang Jurulatih sepanjang kursus itu berlangsung. 13 buah sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah telah menghantar wakil masing-masing untuk menyertai kursus ini. Teruskan membaca

Posted in Berita | Tinggalkan komen