Tahniah! Kursus Ketua Enam Sekawan 2011

     

22 – 24 Julai 2011 – Kursus Ketua-ketua Patrol dan Ketua Enam Sekawan Peringkat Zon 1 Pantai Barat Selatan Sabah telah diadakan di SMK Tebobon. Persatuan Pengakap SK Likas telah menghantar 7 orang wakil ke kursus tersebut dan diiringi oleh Akela Norsi serta Akela Huzaimi selaku salah seorang Jurulatih sepanjang kursus itu berlangsung. 13 buah sekolah menengah dan 12 buah sekolah rendah telah menghantar wakil masing-masing untuk menyertai kursus ini.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus ini adalah bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan dan melatih teknik pengurusan kumpulan serta asas-asas perancangan program supaya ia dapat membantu pemimpin-pemimpin di sekolah menjalankan aktiviti persatuan dengan lebih baik dan teratur. Di akhir kursus ini, ahli Pengakap yang mewakili sekolah ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah, diantaranya Peserta Kursus Lelaki, Peserta Kursus Perempuan Terbaik, Kumpulan Terbaik serta Persembahan Malam Pengakap Terbaik. Kejayaan yang diperolehi ini membuktikan ahli persatuan sekolah ini mampu bersaing dan melaksanakan tugas dengan cara yang terbaik. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta kursus yang telah mewakili sekolah ini khusunya persatuan ini serta semua yang terlibat kerana telah menyumbang kearah sesuatu yang boleh dibanggakan.

About akela06kk

- Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Inanam (Unit PKK) - Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak 06 Kota Kinabalu - Pemimpin Pengakap Kelana-E Kota Kinabalu
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen