Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan

       

7 Mei 2011, Sabtu – Kursus Kepimpinan Manikayu (Pengenalan) Kawasan 1 Pantai Barat Selatan Sabah telah diadakan hari ini bertempat di SK Likas,Kota Kinabalu. Seramai 21 orang Pemimpin Pengakap telah menyertai kursus sehari ini yang bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Tujuan kursus ini diadakan ialah supaya pemimpin-pemimpin ini dapat mengurus dan mentadbir kumpulan Pengakap dengan lebih baik di sekolah masing-masing disamping memberi pendedahan baru kepada pemimpin yang baru sahaja menyertai persatuan ini. Kursus ini telah disampaikan oleh 4 orang Jurulatih Pengakap iaitu En. Ahmed Tariq Datuk Aripen Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Cik Surila Juanita Stimol Pesuruhjaya Ibupejabat (Latihan), Nourhaizum Datuk Awang Zainie Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Kinabalu, dan En. Raymond George Epun Pesuruhjaya Ibupejabat (Unit Pengakap Khas). Pn. Ezan Edreyani Idris pula merupakan pemimpin Pengakap yang mewakili sekolah ini menyertai kusus manikayu kali ini. Tahniah diucapkan kepada beliau dan terima kasih kepada Pihak Sekolah SK Likas kerana telah sudi menjadi tuan rumah Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan Zon1 PBS Sabah.

About akela06kk

- Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Inanam (Unit PKK) - Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak 06 Kota Kinabalu - Pemimpin Pengakap Kelana-E Kota Kinabalu
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.