Pelancaran Laman Web Pengakap SK Likas

   

10 April 2011, Ahad – Laman Web Pengakap SK Likas (06 Kota Kinabalu) dengan rasminya telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia En. Ahmed Tariq Bin Datuk Aripen, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah Unit Program dan Publisiti. Pelancaran ini adalah bersempena Kem Orientasi Pengakap SK Likas untuk Tahun 2011 yang berlangsung dari 8 April hingga 10 April yang lalu. Kehadiran beliau sungguh bermakna kerana sudi melancarkan Laman Web Rasmi Pengakap SK Likas dan juga merasmikan Penutupan Kem tersebut. Beliau merupakan orang pertama yang mengisi Buku Pelawat Laman Web ini secara online dan diikuti oleh En. Amiruddin Palempoi, Pemimpin Pengakap SK Likas wakil kepada warga sekolah ini sebagai tanda rasminya Pelancaran Laman Web Pengakap SK Likas. Kumpulan PKK SK Likas (06 Kota Kinabalu) amat berbangga dan berharap dengan adanya laman web ini akan dapat mempromosikan kegiatan unit beruniform ini yang kurang mendapat perhatian di sekolah-sekolah rendah berbanding unit Muda, Remaja dan Kelana serta menjadi contoh dan rujukan kepada kumpulan-kumpulan pengakap dari sekolah-sekolah yang lain.

About akela06kk

- Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Inanam (Unit PKK) - Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak 06 Kota Kinabalu - Pemimpin Pengakap Kelana-E Kota Kinabalu
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s