Tahniah! Kem Orientasi Pengakap SK Likas 2011

10 April 2011, Ahad – Hari ini berakhirlah Kem Orientasi Pengakap SK Likas 2011 yang telah berjalan selama 3 hari 2 malam sejak 8 April yang lalu. Peserta perkhemahan yang secara keseluruhannya seramai 103 orang murid telah berjaya menempuh pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang perkhemahan. Sudah pasti pelbagai cerita pahit manis dan pengalaman yang amat berguna diperolehi setiap peserta perkhemahan yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan dalam hidup. Walaupun semuanya keletihan, tapi rasa puas terpancar diwajah masing-masing kerana dapat menjalankan semua aktiviti ini dengan lancar dan baik. Tahniah juga kepada ahli Pengakap Kanak-kanak SK Likas yang telah berjaya lulus Ujian Lencana Keahlian di perkhemahan ini. Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua ahli jawatankuasa perkhemahan dan guru-guru samada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana turut serta menjayakan perkhemahan ini. Sokongan padu dan kerjasama yang erat antara semua pemimpin dan guru yang terlibat membuahkan hasil yang cukup cemerlang dan menjadi kenangan yang cukup bernilai. TAHNIAH dan TERIMA KASIH.

About akela06kk

- Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Inanam (Unit PKK) - Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak 06 Kota Kinabalu - Pemimpin Pengakap Kelana-E Kota Kinabalu
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s