Mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan

4 April 2011, Isnin – Mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan Orientasi Pengakap SK Likas untuk tahun 2011 telah diadakan pada hari ini di Bilik Gerakan pada jam 11.30 pagi. Mesyuarat terakhir sebelum menjelangnya perkhemahan ini telah membincangkan perkara-perkara yang dianggap penting diantaranya menyemak semula program perkhemahan, organisasi perkhemahan, keperluan logistik dan pengurusan peserta. Mesyuarat telah memutuskan bahawa perkhemahan ini akan diteruskan seperti tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 8 hingga 10 April bertempat di SK Likas. Penyertaan dibuka kepada semua ahli Pengakap daripada Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan bersyarat:

1. Memiliki Buku Log
2. Memiliki Uniform (sekurang-kurangnya skaf rasmi pengakap)
3. Beserta Yuran Perkhemahan sebanyak RM15.00.

Borang penyertaan akan mula diedarkan esok (5 April 2011) dan tarikh tutup mengembalikan borang selewat-lewatnya hari Khamis (7 April 2011) sebelum jam 12.00 tengahari. Sebarang kelewatan tanpa alasan yang munasabah TIDAK AKAN DILAYAN.

Dapatkan borang penyertaan daripada Akela Norsi dan Akela Huzaimi. Harap Maklum dan Terima Kasih.

About akela06kk

- Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Inanam (Unit PKK) - Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak 06 Kota Kinabalu - Pemimpin Pengakap Kelana-E Kota Kinabalu
This entry was posted in Berita, Makluman. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s